[UPDATE} Pemandu Teksi Kes Culik Kajang Di Bebaskan.

[UPDATE} Pemandu Teksi Kes Culik Kajang Di Bebaskan.



Abang Nizam,pemandu teksi yang membawa pulang kanak-kanak yang di culik 2 lelaki di Sungai Chua Kajang hari ini di bebaskan oleh pihak polis setelah dengan bon polis setelah pihak polis berpuashati dengan siasatan ke atasnya.

Manakala tiga suspek lagi akan di dakwa di mahkamah Kajang mengikut Seksyen 3(1) Akta Culik 1961 pada esok hari,menurut Datuk Mohd Adnan Abdullah,Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor.

Pemandu teksi yang di tahan sebelum ini i bebaskan mengikut Seksyen 49 Kanun Prosedur Jenayah, menurutnya lagi.

Kes culik yang menjadi viral itu terjadi di Sungai Chua Kajang pada 9 Oktober lalu apabila rakaman kejadian tersebar di media sosial.Kanak-kanak tersebut di culik di hadapan ibunya oleh dua orang suspek yang menaiki kereta jenis Proton Saga berwarna hitam pada jam 9 pagi.

Pada petangnya,kanak-kanak tersebut di hantar pulang oleh pemandu teksi tersebut setelah beliau mendakwa melihat kanak-kanak itu merayau-rayau seorang diri.






0 Response to "[UPDATE} Pemandu Teksi Kes Culik Kajang Di Bebaskan."

Post a Comment