Warkah Buat Anakku : Jalil - DYMM Permaisuri Johor.
Pemergian Tuanku Jalil yang telah lama bertarung dengan penyakit kansernya telah menyentuh hati masyarakat terutamanya rakyat Johor sendiri.Ramai antara kita yang bersedih dia atas pemergiaannya kerana Tunku Jalil di kenali sebagai anak raja yang sangat baik hati serta tidam membesarkan darjatnya.
Pelbagai cerita tentang peribadinya yang baik di sebar.Yang paling meruntun hati adalah warkah buat arwah daripada ibunya,DYMM Permaisuri Johor.
" Mama tahu,satu-satunya sebab Lil pergi ke hospital adalah kerana Lil menanggung kesakitan yang amat sangat.Lil sebenarnya hendak kekal tinggal di rumah : Lil terlalu kerap ke hospital.Namun Allah S.W.T Yang Maha Mengetahui, menempatkan Lil di sana agar kami,keluarga Lil,dapat meluangkan sebanyak masa bersama Lil.
Mama menyimpan seribu satu kenangan tentang Lil ketika Lil menghabiskan hari hari terakhir Lil di dunia ini.Mama terkenang satu ketika sewaktu Lil memejamkan mata dan air mata menitis di pipi Lil,semasa Lil cuba meawan kesakitan yang di tanggung.Mama memegang tangan kiri Lil dan menangis,mama mencuba sedaya upaya untuk menahan sendu sedan Mama dari kedengaran.Mama fikir Lil tidak nampak Mama menangis kerana mata Lil pejam.Tapi Lil tahu.Lil letak tangan kanan Lil di atas tangan Mama dan menepuk nepuk dengan perlahan, seolah berkata "Jangan menangis,Lil tidak apa-apa"
A- Fatihah....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Walau sudah berkali Kali saya membaca warkah Tuanku ini,air mata tetap mengalir mengenang kesedihan seorang Ibu, juga merasai penderitaan TJ yang Cuba menyembunyikan kesakitan yang dihadapi demi orang orang yang disayangi. Kerana saya juga pesakit kanser. Acute Lympoblastic Leukemia tahap tiga. Walaupun telah menjalani rawatan kemoterapi , ada masa kesakitan itu masih terasa. Berat mata memandang berat lagi Bahu yang memikul.
ReplyDelete