[EKSKLUSIF] Siapa Pengkritik Hebat Siti Nordiana.

[EKSKLUSIF] Siapa Pengkritik Hebat Siti Nordiana.





Rancangan Gegar Vaganza nampaknya telah mengembalikan aura Siti Nordiana dalam bidang nyanyian.Jika tahun-tahun sebelum ini Siti Nordiana (Nana) bagaikan hilang dari industri muzik tanahair,kini namanya kembali meniti di bibir peminat berikutan persembahan vokal mantapnya saban minggu di dalam rancangan Gegar Vaganza.

Memang Nana adalah merupakan antara calon yang di jangka mengisi slot ke minggu final walaupun pada mulanya dia dianggap peserta 'underdog'.Namun berkat kegigihannya vokalnya mula mendapat perhatian para juri dan peminat sentiasa mula menatikan persembahannya saban minggu.



Bercerita tentang kejayaan menarik minat ramai pendengar di rancangan ini,Nana menyatakan ada seorang insan penting di sebalik semua ini,iaitu anaknya.Rayyan,anak tunggalnya bersama arwah suaminya menurut Nana adalah pengkritik utama yang memantau setiap persembahannya.Walaupun jika di kira dari segi umurnya baru sahaja berumur 7 tahun ,namun bagi Nana kata-kata anaknya yang memberinya kekuatan berjuang hingga ke hari ini dalam rancangan tersebut.



Moga Nana berjaya sampai di peringkat akhir nanti.Sama-sama nantikan perkembangannya.

0 Response to "[EKSKLUSIF] Siapa Pengkritik Hebat Siti Nordiana."

Post a Comment