Darah Seni Arwah Harun Salim Bachik Pada Anaknya Teserlah.

Darah Seni Arwah Harun Salim Bachik Pada Anaknya Teserlah.



Pada hari Ahad lalu telah di lansungkan satu pertandingan mencungkil bakat-bakat cilik di dalam pertandingan Suara Cilik Menara Kuala Lumpur.Dalam 10 orang peserta yang berjaya ke peringkat akhir,salah seorangnya terdiri daripada anak arwah Harun Salim Bachik.



Siti Hazeera Sofia yang berumur 12 tahun,memiliki bakat seni yang di warisi daripada arwah ayahnya.Meskipun tidaki berjaya mendapat tempat antara 3 terbaik,bakat yang ada padanya jika di gilap pasti akan menyerlah.



Ini di akui sendiri oleh ibunya,Suriyanti Md Nor yang perasan tentang bakat seni yang ada pada Hazeera d warisi dari arwah ayahnya,Harun salim Bachik.



Menurut Suriyanti,beliau akan memberi sokongan kepada anaknya jika itu adalah pilihaannya untuk berada di dalam dunia seni.Mereka sekeluarga akan berpindah ke Kulim,Kedah dan akan berulang-alik ke Kuala Lumpur jika ada aktiviti seni untuk anaknya itu.

0 Response to "Darah Seni Arwah Harun Salim Bachik Pada Anaknya Teserlah."

Post a Comment