PUNCA LISA & YUSRI BAKAL 'PRIVATE'KAN BAKAL ANAK MEREKA

PUNCA LISA & YUSRI BAKAL 'PRIVATE'KAN BAKAL ANAK MEREKA.



Sudah seperti menjadi 'trend' sekarang ini dimana selebriti yang melahirkan anak memberikan publisiti kepada anak mereka.Dan boleh di katakan ianya menjadi satu kelebihan kepada anak selebriti tersebut kerana seawal usia telah mampu membina nama.

Bagi Lisa dan Yusri pula yang bakal menimbang cahayamata pertama mereka, perkara tersebut akan mereka elakkan.Malahan kalau peminat perhatikan semenjak disahkan mengandung,amat jarang sekali Lisa muncul di acara terbuka seperti tidak mahu memdedahkan bakal anaknya kepada media.

Menurut pasangan ini sebolehnya memang mereka tidak mahu mendedahkan bakal anak mereka kepada media.Sememangnya pasangan ini mahu anak-anak mereka membesar seperti kanak-kanak lain,melalui peringkat hidup mereka sama seperti rakan sebaya yang lain.Menurut mereka lagi,sepertimana kedua ibubapa mereka membesarkan pasangan ini tanpa media,itulah yang akan pasangan ini lakukan.Menurut Lisa dan Yusri,mereka mahukan kehidupan yang 'private' untuk bakal anak mereka.

0 Response to "PUNCA LISA & YUSRI BAKAL 'PRIVATE'KAN BAKAL ANAK MEREKA"

Post a Comment