[KECOH] Bukan Lelaki Itu Langgar Wanita Tersebut.

[KECOH] Bukan Lelaki Itu Langgar Wanita Tersebut.



Semalam menjadi viral di mana kisah seorang lelaki cina di pukul kerana di dakwa melanggar seorang wanita melayu yang menaiki motor hingga menyebabkan wanita itu meninggal dunia.


Namum melalui sumber dari The Hyper Media,seoarang saksi yang menurutnya berada di tempat kejadian menyatakan bukan lelaki yang di pukul itu yang melanggar wanita tersebut.Kebetulan lelaki itu berada di tempat kejadian dan menelefon 999 bagi memberitahu tentang kemalangan tersebut.Menurut saksi itu lagi orang ramai yag mula berada di tempat kejadian telah salah faham apabila melihat lelaki tersebut meninggalkan kawasan kemalangan dan pergi makan.Orang ramai menyangka lelaki tersebut yang melanggar wanita itu.



Menurut saksi itu lagi,sebenarnya wanita itu terbabas kerana mengantuk semasa menunggang motosikalnya lalu terbabas melanggar tembok tersebut.Menurut siasatan awal juga tiada kesan motosikanya di langgar,katanya lagi.

Namun ada juga saksi lain yang menyatakan lelaki itu punca yang menyebabkan wanita itu terbabas dan melanngar tembok tersebut.Melalui cerita mereka yang berada di tempat kejadian,orang ramai mula marah apabila lelaki hanya melihat dan membiarkan mangsa yang ketika itu masih bernyawa terbaring di situ.Lelaki tersebut meninggalkan mangsa dan pergi makan.



Punca kejadiannya di katakan adalah apabila lelaki itu yang membawa keretanya cuba melintasi jalan tanpa memberikan sebarang signal.Wanita yang menunggang motosikal itu dipercayai cuba mengelak kenderaan tersebut dan terbabas.

Perkara ini masih dalam siasatan polis.Pihak polis masih belum membuat sebarang tangkapan berdasarkan kejadian pukul itu.Pihak polis sedang meneliti bukti-bukti di tempat kejadian dan meminta masyarakat tidak mempercayai sebarang berita yang disebarkan tanpa mengetahui kebenarannya.

0 Response to "[KECOH] Bukan Lelaki Itu Langgar Wanita Tersebut."

Post a Comment