[PANAS}Tun Mahathir Tidak Diberi Sebarang Bayaran Berlakon Filem.

[PANAS}Tun Mahathir Tidak Diberi Sebarang Bayaran Berlakon Filem.



Sebagai salah seorang bekas Perdana Menteri yang banyak berjasa kepada kemajuan negara,Tun Mahathir sememangnya seorang negarawan yang sangat di kagumi.

Di sebabkan ideanya mengenai Wawasan 2020 yang menjadi wawasan rakyat negara ini satu ketika dulu,satu filem telahpun di hasilkan berdasarkan ilham dari Tun.Dan di dalam usia 90 tahun ini,Tun teah muncul dalam filem pertamanya,Kapsul yang bakal di tayangkan pada 17 September ini.



Di tanya pengalamannya tentang filem itu,Tun menyatakan yang dia hanya di berikan skrip untuk babak lakonannya hanya beberapa minit sebelum rakaman dimulakan.Katanya sambil berseloroh,"memang tak patutlah produksi ini, saya ingat kena dua tiga kali 'take' jugalah".

Sudah berlakon tentulah kena dapat bayarannyakan.Mesti kita terfikir berapa bayaran yang diterima oleh Tun bagi lakonannya.Yang memeranjatkan ialah Tun tidak menerima sebarang bayaran bagi lakonannya.

"saya minta bayaran tapi diorang tak mahu bagi" kata Tun.Rupanya beliau hanya berseloroh.Dan syarikat produksi itupun mengesahkan yang Tun Mahathir tidak menerima sebarang bayaran bagi lakonannya.

Bila di tanya adakah Tun akan berlakon lagi,beliau menyatakan ini adalah lakonan terakhir beliau.Beliau masih mengiggil katanya sambil di sambut gelak tawa hadirin semasa sidang media filem Kapsul.

0 Response to "[PANAS}Tun Mahathir Tidak Diberi Sebarang Bayaran Berlakon Filem."

Post a Comment